DUIT TABUNG

Kedai Saya

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner

Wednesday, February 28, 2007

Dido - Hunter



With one light on in one room
I know you're up when I get home
With one small step upon the stair
I know your look when I get there
If you were a king up there on your throne
would you be wise enough to let me go
for this queen you think you own
Wants to be a hunter again
wants to see the world alone again
to take a chance on life again
so let me go

The unread book and painful look
the tv's on, the sound is down
One long pause
then you begin
oh look what the cat's brought in
If you were a king up there on your throne
would you be wise enough to let me go
for this queen you think you own
Wants to be a hunter again
wants to see the world alone again
to take a chance on life again
so let me go
let me leave

For the crown you've placed upon my head feels too heavy now
and I don't know what to say to you but I'll smile anyhow
and all the time I'm thinking, thinking

I want to be a hunter again
want to see the world alone again
to take a chance on life again
so let me go.

ABUK-ABUK


Sumber : Rossyabakes

Bahan :
500g sago biji
1/2 biji kelapa diparut
1 cawan gula melaka diracik
sedikit garam
beberapa helai daun pisang disiat 3inci lebar

Cara :
Sago biji di bersihkan dan ditoskan. Kelapa parut digaul dengan garam secukup rasa . Kemudian dicampurkan bersama sago dan digaul sebati.

Lipatkan daun pisang dalam bentuk kelongsong dan isikan dengan sedikit adunan sago. Letakkan sesudu kecil gula melaka dan tutup kembali dengan sesudu adunan sago. Bungkus daun dan lipat rapat , lalu disematkan kan dengan lidi. (this should look more like a cone) Panaskan kukusan dan kukuslah abuk-abuk selama 8-10minit.



Senang je kuih ni...cuma part nak bungkus tu kena tanya pakar...hehehehehee.YAhooo..mama dah terer buat kuih ni. Dah lama nak buat, tapi takde geng nak makan tu yang malas nak membuat. Today aunty Mukhriz cuti, jadi ada geng lagi ...hheheheheeh. Kalau ramai orang lagi meriah..sambil makan-makan leh "BORAK-BORAK".......heheheeheheh

Tuesday, February 27, 2007

Nurul Fatin Nadia



Dia aktif dalam gimrama peringkat negeri "MELAKA". Tahun lepas kalau tak silap, ada p BANGKOK. Mukhriz suka sangat bila Nadia datang..ada geng nak main...Nadia suka melayan..menjadi le..si Mukhriz...hehehhehehe.

‘Bahan dapur’ cantikkan halaman, jadi sumber makanan

Sumber : Lanskap ~:: Berita Harian ::~





MEMILIH tanaman untuk landskap kadang kala menimbulkan masalah kerana ramai yang tidak tahu dan keliru kesesuaian jenis pokok dengan tanah. Ada juga yang tidak kisah membelanjakan duit membeli beraneka jenis tumbuhan untuk menghiasi halaman rumah mereka.
Selain tanaman hiasan, sebenarnya anda boleh menghiasi halaman dengan tumbuhan yang boleh dimakan. Jika orang lain memilih tumbuhan berbunga, tiada salahnya anda menimbulkan kelainan dengan menanam pelbagai jenis tumbuhan ‘bahan dapur’.

Tanaman itu bukan saja menyuburkan tanah, mencantikkan halaman, malah boleh dijadikan sumber makanan. Konsep menanam tumbuhan boleh makan dipanggil hiasan landskap boleh makan.

Memanfaatkan ruang di belakang dapur dengan menanam sayur-sayuran memang usaha yang sangat baik. Tumbuhan seperti serai dan pandan sering menjadi pilihan kerana ia lasak serta mudah ditanam.

Ada pelbagai jenis sayur-sayuran yang mudah ditanam. Malah, setiap jenis tumbuhan sayuran dan ulaman itu mempunyai khasiat tersendiri. Tidak perlu kawasan luas untuk menanam tumbuhan terbabit malah saiz kawasan kecil juga boleh dimanfaatkan sebaik mungkin.

Misalnya, jika memilih untuk menanam cekur manis dan ulam raja, kedua-dua jenis tumbuhan itu boleh dijadikan pohon pagar yang menarik. Pokok ubi kayu juga pilihan sesuai untuk ditanam sebagai tanaman pagar.

Di samping itu, ada beberapa jenis sayur-sayuran memanjat atau melilit yang sesuai ditanam pada sisi pagar misalnya pokok kacang panjang, kelisa dan peria.

Jika mencari tanaman yang boleh dijadikan hiasan tutup bumi pula, anda boleh memilih untuk menanam pegaga atau nama saintifiknya `centella asiatica'. Bagi mereka yang mahu menanam pegaga dalam takungan, boleh memilih pegaga air.

Sementara itu, pokok kayu manis pula sesuai untuk dijadikan tanaman teduhan, manakala lebih banyak spesies boleh dijadikan tanaman hiasan. Antaranya, pandan atau nama saintifiknya ‘pandanus odorus’, daun kari, lengkuas, kunyit, limau kasturi dan pelbagai lagi.

Pokok cili juga boleh dijadikan tanaman hiasan, sama ada cili biasa atau cili padi yang juga boleh ditanam pada pasu. Untuk menghasilkan landskap yang menarik, pokok terbabit perlu dijaga dengan baik.

KOW CHAN KUIH (nine layer kuih)

















Sumber : PuanSri _Forum Cari_

-Kuih Lapis-

Bahan-bahan :
A) 180 gm tepung beras
150 ml air

B)180 gm gula
350 ml air
2 helai daun pandan diikat

c) 200ml santan (dari 1 biji santan)
1/8 tsp garam
1-2 drop pink coloring
1-2 drop orange-red colouring

Cara :
-campurkan tepung beras dan air (A) di campur dalam mangkuk dan biarkan 1 jam .
-buat sementara tu buat sirap.bahagian (B)
-campurkan sirap ,santan dan garam dan tepung beras yang sudah direndam.tapis dan bahagikan kepada 2 bahagian.
-kukus dalam loyang yang telah digriskan.guna loyang 20cm atau 8".setiap lima minit buka penutup.

1st time buat, selama ni tau makan je..uuuhhuh. Dugaan betul nak buat, nak menunggu melapis tu yang larat. Nasib baik Mukhriz baik tak meragam...dok main n ketawa-ketawa.Lain kali nak cuba yang lain pula..Resepi kuih lapis dalam simpanan memang banyak...next time cuba.Kalau asyik buat kuih lapis..je..kang jemu pulak...hehehehe.

Monday, February 26, 2007

BUBUR SUM-SUM

















Sumber : Hanieliza

Bahan
1.5 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
4 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1/2 s/k garam

Cara.
1. Panaskan kukusan.
2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan dalam periuk atau non-stik wok.
3. Kacaukan adunan sebentar dan tuangkan dalam loyang yg telah disapukan minyak.
4. Kukuskan selama 5 minit.
5. Tutup api dan sejukkan.
6. Potong dan hidangkan bersama air gula merah.

AIR GULA MERAH

Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan simpulkan

Cara.
1. Panaskan semua bahan sehinggan mendidih.
2. Tapiskan dan sejukkan.

Walaupun deco kat "bubur Sum-sum" tak cantik..xkisahla..yang penting rasanya sedap teramat...hehehehehe.Mukhriz suka sangat makan bubur sum-sum, tapi tak letak air gula..2 cawan dia dok makan, sebelum tu dah makan nasi & biskut. Dah makan bubur sum-sum ...dia nampak mama dia makan nasi..dia nak makan lagi..Sebelum tidur dia minum susu 1 botol...hari ni memang dia kuat makan betul..lapar gaknya..hehehehe..xtahan tengok mama buat kuih,gaknya

GUNTING RAMBUT



Lupa nak masukkan picture time Mukhriz gunting rambut..baik sungguh dia tak meragam..heheheehhehe.Ye la..aweks yang tolong gunting..mana taknya baik dia..Dia tak kisah sape pun,Mukhriz ni jenis dia..semua orang dia tak kisah yang pasti mama dia kena ada depan mata dia..kalau tak..jawapannya dia buat lagu... "MELALAK". Semua orang jadi kelam-kabut...hehehehehe..saje je tu test power suara..

TAPAI UBI


Sumber : RossyaBakes

Bahan :
1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya

Cara :
Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.

Akhirnya...lulus juga buat "TAPAI UBI", Favourite betul ni..kalau beli kat kedai...uuuuhh mana cukup..hehehehehhe...apa lagi bila terjumpa resepi ni...p cari ragi kat rumah mak mertua. 1 biji rm0.40 je..apa lagi..p beli 10 biji...5 bagi kat mak..mana tau mak nak buat...hheehehhe..dok tanya..rupanya mak cakap malas la..ko buat dulu...kalau jadi baru dia buat..hehheeh.. MAK....Ayong dah berjaya ni..Nanti Ayong tapau untuk mak..


TAPAI PULUT
1 kg beras pulut di rendam selama 2 jam dan dikukus hingga masak
1 biji ragi (dikisar dan diayak)

Cara membuatnya:

Ambil pulut yang dikukus dan masukkan kedalam bekas. Tuangkan air panas sehingga tenggelam pulut, Gaul rata. Ratakan pulut diatas daun pisang dan tabur ragi di atasnya. Gaul rata dan biarkan sejuk. Kemudian kepalkan pulut dan masukkan kedalam bekas. Balut dengan kain atau plastik dan simpan didalam tempat gelap selama 3 malam.


Mak request"TAPAI PULUT", insyaallah ada masa...Ayong buat.Ni la bila dah start datang angin "RAJIN" ni payah..dok membuat je..kalau datang angin "M" terus tak membuat...uuuhuhh

Sunday, February 25, 2007

PENGAT UBI


Sumber : ~:: Wan ::~

Ubi dipotong dadu
Gula melaka secukupnya
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa
santan pekat secukupnya
2 helai daun pandan di ikat simpul
segenggam biji sago yang sudah dibilas bersih dan direndam selama 5-10 minit
air secukupnya

Jerangkan sedikit air dan masak ubi bersama gula Melaka sehingga ia menjadi empuk. Kemudian masukkan santan, gula pasir dan garam.tambahkan air lagi jikalau terlalu pekat. Biarkan seketika lalu masukkan daun pandan.
apabila santan sudah mendidih, masukkan biji sago . Biarkan seketika. Tutup api dan kemudian bolehlah dihidangkan.

PUDING JAGUNG


Sumber : Normasri

Bahan-bahan:

1 cawan tepung kastad
1 cawan jagung manis [krim stail]
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair

Cara membuatnya:

Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

Next time nak cuba pula "Kuih Bakar Jagung"nampak sedap sungguh. Puding jagung ni...mukhriz suka, Ayah dia kurang gemar sebab jagung takde jagung dalam puding tu...pasal semuanya hancur..tapi tetap sedap pada tekak mama ni..hehehehe..sekarang ni je dok rajin nak buat..pasal stok susu cair banyak sangat ayah beli hari tu..



KUIH BAKAR JAGUNG [DianaA]

Bahan-bahan
1/2 kg tepung gandum
300 gram gula
2 cawan santan pekat (dalam kotak)
4 cawan air
sedikit garam
3 sudu makan mentega
4-6 biji telur (lebih banyak telur sedap, dia lembut)
1 tin jagung krim
sedikit pewarna kuning
sedikit esen vanilla


Cara Menyediakan
Masukkan gula, santan, air, garam, mentega, telur, pewarna kuning dan esen vanilla kedalam blender. Blender yang kita buat kisar tu, senang adunan tak bergentel. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit, blend sehingga sebati dan adunan tidak bergentel. Tuang adunan tepung kedalam bekas. Akhir sekali masukkan jagung krim dan gaul rata. Tuangkan adunan kedalam loyang 12 x 12 inci yang telah disapu dengan mentega. Kalau mentega banyak dalam loyang pun tak apa, tapi panaskan loyang dalam oven dulu sehingga mentega cair. Boleh juga gunakan loyang kuih bakar yang pecah lapan. Letakkan setengah sudu makan mentega kedalam loyang dan panaskan hingga cair dalam oven kemudian tuangkan adunan 3/4 penuh. Selalu kalau letak mentega, tepi kuih bakar akan masak lawa kekuningan dan lebih sedap.

Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah C selama 1 jam 30 minit atau sehingga masak.

Nota: Boleh juga gunakan isi cempedak/ durian, gantikan 1 tin jagung krim dengan 3/4 cawan isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek. Isi cempedak/ durian/ kentang/ keledek diblender bersama adunan tepung.

Saturday, February 24, 2007

Xtvt Mukhriz Di laman rumah

Cool Slideshows

Kita dok berkebun..dia pun nak berkebun..nanti dah besar..tolong mama ye Mukhriz...macam tau je..benda tu nak buat gembur tanah..dia pun dok gembur tanah..berterabur tanah tu ..dibuatnya.


Antara pokok tanam yang ada di halaman rumah :



~:: Pokok Pandan ::~

Daun-daun pandan yang menghijau..ni banyak kegunaannya..buat bunga rampai,letak dalam almari, buat kuih-muih dan bermacam-macam lagi..sayang sungguh kat pokok pandan ni..




~:: Kaduk ::~

Pokok kaduk...ni jauh import dari rumah wan..hehehehe..hidup gak dia..walau tak dijaga,wan ada bagitau,pokok kaduk ni senang hidup..tak yah nak jaga dia..dok menjalar kat bawah pokok pisang. Laku pokok kaduk ni..mak angkat mama pun nak benih dia..mama import gak dari rumah wan terbangkan ke "Pasir Gudang"...hidup ke dak ye..nanti p sana nak tanya la..Pokok kaduk ni banyak khasiatnya kalau kita tahu..



~:: Temu Pauh ::~

Pokok Temu Pauh...Kat rumah mak dulu banyak..ntah nape mati..sedap makan buat ulam..rasa dia macam mangga muda...ni pun import dari rumah wan..jangan la mati..lum dapat merasa lagi ni..hehehehe



~:: Kunyit ::~

Pokok Kunyit...ni saje tanam, kekadang nak guna buat rendang ke..balut ikan masin tenggiri..sedap..bau harum je..dedulu banyak gak tanam. Start bersalinkan Mukhriz..pokok-pokok tak terjaga, ni start balik menanam untuk kegunaan sendiri.



~:: Serai ::~

Pokok Serai...Konon-kononnya tanam untuk kegunaan, tapi selalu lupa...tup-tup..p beli kat pasar gak..uuuhuhh..tapi kalau dah takde dalam peti sejuk..ambik juga yang tanam ni..



~:: Cekur ::~

Pokok Cekur...Dedulu cekur ni banyak sgt..suka tengok..segar-segar..tiba-tiba musim panas terik, pokok cekur ni mati..uuhuhh..sedihnya tengok..mana taknya kita yang menjaga..2-3 hari lepas dok tengo..eehh,dia tumbuh semula..best sungguh leh buat ulam ni..hehehehe



~:: Lengkuas ::~

Lengkuas ni sebenarnya..yang beli dari pasar, dok letak dlm bekas berair..tetiba tengok..dah ada pucuk..hkahkahakhakah..tu la rajin sgt memasaknya..tu yg sampai tumbuh pucuk..Alihkan dalam pasu..sampai la ni tak tukar ke tanah..tu yang macam tak sihat..Ada masa nanti alihkan la ke tanah..kesian la tengok...



~:: Pokok Mengkudu ::~

Banyak berjasa ni..pucuk mengkudu leh buat ulam, daun yang tua leh buat alas batu sungai untuk bertungku. Time dalam pantang dulu, akak urut guna daun ni la..buat bertungku..bestnya..tapi mama ni jenis kulit nipis gaknya..kena tungku..adoi macam nak terbakar rasanya...uuuhuhhh..mcm nak nangis pun ada..tapi lepas tu..lega..ringan je rasa badan.

Puding Coklat

















Bahan :
150 ml susu formula
2 tsp tepung jagung
1 tsp coco powder

Cara :
1. Susu formula + tepung jagung + coco powder.
2. Masak sehingga likat.
3. Tuang di dalam bekas comel.


Saje buat untuk Mukhriz...sementara dia tidur ni...nanti dia bangun dah leh makan. Mukriz sekarang ni kuat makan. Xleh tengok kita makan..dia pun nak juga. Lupa resepi ni ambil dari mana..tapi Mukhriz suka..uuuuhuhh..Sekali sekala makan le dia..kalau selalu..muak juga dia..macam kita juga..hari-hari benda yang sama..jemu


DADIH EONIS
Sumber : Eonis ~* Forum Cari *~


Bahan :
3600 ml Air
530 gm Susu (bancuh dengan air)
400 gm Gula
sedikit perisa jagung, rose, pandan
agar2 3/4 daripada 20gm (rendam dalam air)


Cara :
1. masak agar-agar dengan air sehingga hancur.
2. Tapis bancuhan susu tadi ke dalam periuk.
3. Masukkan gula, garam, kalau tidak suka bau susu boleh masukkan sedikit vanilla. _:: x masukkan pun ::_
4. Ambil 1/3 untuk pior susu, tapis masuk dalam bekas.
5. Ambil 1/3 lagi, masukkan dalam mangkuk, masukkan perisa rose. Tapis masuk dalam bekas kecil.
6. 1/3 lagi masukkan perisa jagung. Tapis masuk dalam bekas kecil.
7. Biarkan sejuk.
9. bila betul-betul sejuk, tutup dengan penutup bekas dan masukkan dalam peti sejuk.


Sedap dadih ni...pernah buat..tapi lupa lak nak ambil gambar..Dah habis bedal baru teringat....uuuhhuhh. Time tu buat separuh adunan je...banyak dapat dalam 18 bekas kalau tak silap...lupa lak..pasal guna " tupperware" comel. Time tu, bekas comel-comel "tupperware" saje beli untuk Mukhriz..Sakan membeli pasal suka sangat bekas comel tu..heheheheh.next time buat..update gambar dadih ni..hehehehe.

Friday, February 23, 2007

Ku Impikan Bintang

TART GULUNG ~* hanieliza *~

















Bahan :
60 gm butter
190 gm majerin
70 gm gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
350 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung

Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek
atau..
1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula
1/2 cawan air ]
1 cawan gula

Bahan Glaze/pengilat
2 kuning telur
2 s/kecil air
pewarna kuning

Cara :
1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.
3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.
4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.
5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.
6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.
7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.
8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.
9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.
10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.
11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.

Jem nenas masih tersimpan, tu yang dok buat tart nenas ni.Next time nak buat pula TART KEJU, tentu sedap...uuuhhhuhh.Kat rumah ni, kurang makan biskut-biskut moden, tu yang malas nak membuat...

TART KEJU
Sumber : Rossyabakes

Inti nenas

Bahan-bahan untuk tart:
450g mentega
3 biji kuning telur
100g keju (KRAFT)- diparut dan dilecek halus)
1 sudu teh vanilla
1 kg tepung gandum
1 biji putih telur
100g gula halus

Mentega, kuning telur, putih telur, gula halus, keju dan vanilla digaul dengan tapak tangan hingga larut lalu masukkan tepung. Uli hingga menjadi doh. Kemudian dicanai seperti tart biasa dan masukkan intinya. Bakar hingga masak.

Thursday, February 22, 2007

Rahsia Warna Anda


Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Ha..kali ini selidik personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.



23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


Merah
Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim
Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji. Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

Teal (warna kayu)
Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan, terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah jambu
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain. Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali
yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta. Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal hal yang romantik bersama si dia. Alahai

Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Bagulah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan>sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi
diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punya kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu.
Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?

Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni. Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan. Bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!

Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan. Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat
putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain
bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benar menyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut
Biru laut itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiripun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna Kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.


Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Aqua (Biru kehijauan)
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain. Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah
percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!


Betul atau tidak tu..xtau la..hehehhe..saje-saje masukkan dalam blog ni. Have Fun ..ya...

Wednesday, February 21, 2007

19 HADITH MENGENAI WANITA

Sumber : Mymasjid

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

Tuesday, February 20, 2007

Kelalaian Dalam Mendidik Anak

Sumber : Mymasjid

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

ebSebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual.
Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.


Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :
'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian keselas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: light of islam
Orang yang berfikiran besar byk memperkatakan ilmu,Orang yang berfikiran sederhana byk memperkatakan peristiwa,Orang yang berfikiran rendah byk memperkatakan diri sendiri macam-macam.

Ayam Percik

















Sumber : Santapan Malaysia Terkini
~* Chef Abu Khairi*~



Bahan :
1 ekor ayam kampung betina
2 sudu makan minyak masak

Bahan A :
2 ulas bawang kecil | Dikisar
2 ulas bawang putih | Dikisar
1 batang serai | Dikisar
2 cm lengkuas | Dikisar
1 cm halia | Dikisar
1 helai daun kunyit | Dimayang

Sos Percik
Bahan :
1 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 cm halia
1 cawan santan
1 sudu makan cili boh, serbuk kunyit & serbuk kari
garam dan gula secukupnya

Cara :
1. Gaulkan ayam dengan bahan A & perapkan selama setengah jam. Kemudian, gaulkan dengan cili boh, serbuk kunyit dan serbuk kari. Biarkan beberapa minit.
2. Kemudian, masukkan gula dan sedikit garam.
3. Akhir sekali, masukkan daun kunyit.
4. Kemudian, hidangkan.

Monday, February 19, 2007

Playing time

RAHSIA PEMAKANAN GENIUS-GENIUS ISLAM

Sumber : ~ DIARI ISLAMIAH ~

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini. Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan :

1) MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya !

2) KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN
Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : KOMKOMA (CROCOS SATIVUS)

Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH (kemenyan serani/luban/kundar)

Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori

Sunday, February 18, 2007

Chicken Stew




Preparation : 10 mins
Cook : 30 mins
Serves : 4

What you need
1 tbsps KNORR Chicken Seasoning Powder-No Added MSG
500 gm Deboned chicken drumstick, cut to bite size pieces (pre-marinate with 1 tbsp KNORR Chicken Seasoning Powder-No Added MSG, 1 tbsp brown sugar & 1 tsp black pepper for 10 minutes)
150 gm carrot, cut
150 gm poatoes, cut
100 gm button mushrooms, cut halves
4 pips whole garlic
150 gm onions, cut
3 tbsps oil
2 cups hot water
2 tbsps corn flour


1. Heat 1 tbsp oil in a wok, add carrots, potatoes, onions, garlic, and fry a few minutes. Add in a chicken pieces and saute until golden brown.
2. Transfer all to a pot, add hot water together with the button mushrooms, bring to oil and slimmer for 20 minutes.
3. In the meantime, heat 2 tbsps oil in a separate wok, add 2 tbsps corn flour and stir until flour is slightly brown.
4. Add fried flour mixture and 1 tbsp KNORR Chicken Seasoning Powder-No Added MSG, into stewed chicken pot, mix well and simmer over medium heat for another 10 minutes. Serve hot.

Wedding Of the Year



Our Friends, Mohd Raya. Long time no see..hehehehe. Sekarang bekerja & tinggal di UK. Patutla tak jumpa-jumpa since 2001 dulu..till now...jumpa nampak berbeza. Kawan dari sekolah rendah ni sampai sekolah menengah..Dia ni memang power time belajar dulu..nak2 bahasa inggeris dia power..selalu merendah diri..tapi result gempak sentiasa... Terima kasih la..ingat lagi Zura & Yazid ni..heheheh.. satu kelas ni time sekolah rendah..sekolah menengah satu sekolah dgn hubby "Kelas Sains" diaorg ni.
Balik UK lepas ni, jgn lupa kami di Malaysia..

Berdua Lebih Baik ~* Acha Septriasa *~














Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Berdua denganmu
Pasti lebih baik
Aku yakin itu

Bila sendiri
Hati bagai langit
Berselimut kabut

Berdua denganmu

Lihat awan di sana
Berarak mengikuti
Pasti dia pun tahu

Ingin aku lewati
Lembah hidup yang tak indah
Namun harus ku jalani

Lunar New Year


Send this eCard !



To all my friends "Happy Lunar New Year", Madam Jessica & Isabelle, Sir Tony (Epal, JB Branch)..I wish you all good luck,health & happiness. Luv you all.

From : Mama,Ayah & Mukhriz Danial

Saturday, February 17, 2007

Biskut Sampan
















Utk kulit (base):
1 buku mntega(1 1/2 cwn)
1 1/2 cwn gula icing
4 cwn tepung gandum(ikut lembut)
1 biji telur

Cara :
1. Pukul mentega & gula hingga kembang & putih.
2. Masukkan telur & pukul hingga sebati & kembang.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga lembut. Biarkn sebati,tutup dengan kain basah.

Inti :
1 cawan mentega(200gm)
1 cawan gula icing
2 biji telur
1 tin kelapa parut(1 cwn)
1/2 cawan tepung, (ceri merah, hijau, badam hiris & kismis hitam) untuk hiasan.

Cara :
1. Pukul mentega bersama gula hingga kembang, masukkan telur sebji demi sebiji.
2. Campurkan tepung & kelapa parut hingga sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diadun ke dlm acuan sampan. Leperkan & isikan intinnya, hiaskan dengan badam, ceri & kismis. Kemudian, bakar.



Sedap sangat,tapi manis bagi tekak mama ni..hehehehe, Mukhriz pun suka. Next time kurangkan gula. Favourite ni..suka benar makan ni bila p rumah Alang kat Durian Daun. Picture tu sebelum dibakar di dalam oven. Next time nak cuba lak resepi MAKLANG..sedap gak nampaknya.




Biskut Bahtera Sentuhan Kellogs aka Biskut Sampan [MAKLANG]


Bahan :
4 oz mentega
3 oz gula ising
1 st esen vanila
2 biji telur }ambil kuning
1 cwn tepung gandum } ayak bersama b/powder
1 cwn cornflakes } diramas halus
1 st baking powder

Cara
- putar mentega+gula+vanila } sampai putih.
- campur kuning telur sebiji demi sebiji.
- mskkan tepung+b/powder+cornflakes - jadikan doh yg lembut
- mskkan dlm acuan kapal dan isi intinya.

INTI
3 oz mentega
5 oz gula halus
2 biji telur
4 oz kellogs rice bubbles
2 oz ceri hijau,merah
2 oz raisin
2 oz tepung gandum
sedikit cornflakes

CARA
- pukul mentega+gula - sampai kembang
- mskkan telur dan campurkan tepung gandum,rice bubbles dan gaul sebati
- mskkan di tengah acuan kapal sebagai inti.
- cornflakes disusun spt layar, tabur ceri+raisin.
- bakar dan angkat bila dah kuning.

Friday, February 16, 2007

Mukhriz Danial in da House.

Special presents 4 Isabelle from mama


Handmade keychain by me for Isabelle.


Homemade "Semperit Pandan", special for Isabelle.

Biskut Pandan Klasik a.k.a Semperit Pandan


















Sumber : SAJI ~* Disember 2002 *~

Bahan (A) :
200 gm mentega
100 gm gula aising
1 biji kuning telur
1/4 tsp pes pandan
1/4 tsp pewarna hijau

Bahan (B) :
230 gm tepung gandum
40 gm tepung jagung
20 gm tepung kastad

Bahan hiasan :
Kuning telur, colour rice & coklat putih (Guna colour rice je..kurang suka coklat putih)

Cara :
1. Putarkan kesemua bahan A selama 3 minit, kemudian masukkan bahan B.
2. Gaul sebati, rehatkan sebentar.
3. Gunakan acuan semperit atau nastar, paip adunan.
4. Sapukan kuning telur pada permukaannya, bakar sehingga masak.
5. Celup bahagian hujung biskut dengan coklat putih, tabur colour rice.
6. Setelah coklat keras, barulah disimpan atau dihidangkan.


Biskut ni memang sedap...Mukhriz paling suka Semperit pandan ni, bg biskut lain..masih tunjuk biskut fav dia ni. Mama buat biskut lain bg dia cuba..tanya sedap tak..dia geleng kepala.. hahahahaha, "PANDAI BETUL"...dah geleng kepala..ketawa pula..comel sgt..hehehehehe. Majalah Saji ni antara majalah terawal mama beli..itupun sebab tengok x-bf nye mak beli majalah masak menimbun-nimbun..hehehehehe. Selak-selak helaian majalah ni ternampak la..Biskut Pandan Klasik ni...fav ni.."MAK NGAH" selalu buat tapi yang biasanya flavour. Ni la juga antara biskut terawal mama buat time anak dara & mendapat sambutan ramai..hehehehe. Time tu ada gak nak buat tempahan,mama tak confident le..hehehehe, makan sendiri sedap..tetiba buat untuk org tak sedap..heheehhe. Next Time mama nak buat Mama Caries..xtau le nak buat...tunggu aunty Mukhriz cuti..cerewet sikit biskut ni.

Thursday, February 15, 2007

ALMONDS SWEETIES



Sumber : Dari Dapur Hanieliza

Bahan
250gm butter
160 gm gula
1 biji kuning telur
1 s/t vanilla
150 gm badam kisar ]
300gm tepung gandum ] gaulkan rata
60 gm yepung jagung ]

hiasan
paper cup
coklat putih
coklat cooking
manik hiasan


Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga lembut.
2. Masukkan telur dan vanilla dan gaulkan lagi.
3. Masukkan badam dan tepung dan gaulkan lagi.
4. Buatkan sapeti bentuk buah kana kecil dan susunkan dalam loyang
5. Panaskan oven pada suhu 170'C selama 10 minit
6. Bakar dalam suhu selama 20 minit atau masak. Sejukkan dalam loyang.
7. Cairkan coklat cara double boiler dan celupkan biskut.
8. Masukkan biskut dalam paper cup. Biarkan beku.
9. Cairkan pula coklat putih secara double boiler dan masukkan dalam piping bag.
10. Pamkan/lorekkan coklat putih atas biskut yg telah di celupkan coklat tadi. Hiaslah mengikut suka hati.
11. Tunggu sampai biskut sejuk betul baru masukkan dalam bekas kedap udara.

















Fav..Aunty Mukhriz..uuhhhuhh..xpe nak habiskan stok bahan-bahan biskut nye pasal..semua dok try buat..hehehehe

Biskut Nestum ~* ZieA *~

















Bahan-bahan :

250 gm mentega
100 gm gula icing (resepi asal guna 84 gm gula kastor)
250 tpg gandum
125 gm nestum kisar
125 gm badam kisar
50 gm chocolate rice (resepi asal tidak gunakan bahan ini)
Badam hiris utk hiasan

Cara :
- Pukul mentega dan gula hingga lembut
- Masukkan tpg dan bahan2 kering, uli hingga jadi doh
- terap, sapu kuning telur dan bahan hiasan
- bakar sehingga masak.


Ingat nak buat biskut sampan..dok cari-cari acuan ntah ke mana hilangnya..dok kemas-kemas teringat lak stok nestum ada lagi sikit..cukup buat biskut nestum..apa lagi..kayuh basikal lelaju..siapkan..Hari ni, Mukhriz betul-betul sensitif, tak leh nak berenggang langsung..nangis le jawapannya..













Akhirnya dapat le satu bekas tupperware..balance masuk dalam bekas tupperware kesayangan mama...hehehehe..2 dozen mama dok beli..tu la..lama tak pergi tupperware ni..ada gak tersangkut barang baru...Esok ayah kerja 1/2 hari..nak ajak p tupperware hantar semperit pandan pada Isabelle. Key chain utk Isabelle mama tak siapkan lagi..uuhhhuhh..malam ni siapkan la..sempena ~* Chinese New Year *~ Biskut nestum ni memang sedap..sgt la. Next time leh buat lagi...itupun kalau ada stok nestum lagi..heheheeheheh

Wednesday, February 14, 2007

Biskut Tintan Kelapa ~MAKLANG~
















Bahan-bahan :

1 cwn kelapa kering
1 cwn gula
1 cwn butter
1 biji telur (ambil kuning)
1 1/4 cwn tepung gandum
1 cwn tepung beras
1 cwn tepung sagu/ubi
1 sb baking powder
1 sb esen vanila
pewarna hijau (jika suka)
sedikit kismis utk hiasan

Cara :
1.Pukul butter+gula hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, pewarna hijau, esen vanila dan kelapa.
3. Masukkan campuran tepung tadi, dan uli.
4. Canaikan dan terap ikut suka.




Dok kemas-kemas bahan-bahan biskut, bahan-bahan untuk biskut tintan kelapa ni pun cukup. Apa lagi...laju le kayuh basikal..hehheheheeh..p buat biskut ni..Sempena 'Chinese New Year' ..buat kudap-kudapan time Wan & Alang nak dtg..Kalau malas..segalanya tak nak buat..heheehhehe..Banyak lagi biskut kena buat ni..pasal nak habiskan segala stok yang ada..Sok semperit pandan utk Mukhriz & Isabelle..request dari lepas raya sampai la ni tak buat-buat..Masa tak cukup..Mukhriz lasak..Sekarang ni buat pun time dia tidur..cepat-cepat ke dapur..siapkan bahan-bahan yang diperlukan..kalau dia dah bangun..jawabnya dia pun dok sibuk buat biskut...acuan mama habis dia dok main...~* apa-apa aje la..Mukhriz *~

Belinashop

belina cosmetic,sabun belina,sabun belina,pencerahkan kulit,masalah jerawat,jeragat,whitehead,blackhead,kulit kusam,panau,ruam pada bayi,sunburn,testi belina,jerawat batu,jerawat di badan,parut,mengelupas,kulit kering,pencuci muka,toner
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DUIT TABUNG

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Justin Bieber, Gold Price in India